Nak tau rawatan untuk rambut rosak? Kering? Gugur? Beruban?
Nak rawat kepala yang tarasa gatal-gatal? Berkudis?
Di sini ada beberapa produk khas untuk rambut daripada Tropica Bioherb yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Ramai yang telah mencuba dan ianya sangat berkesan.
Untuk mereka yang mengalami masalah kritikal, anda boleh cuba mengguna produk ini dalam 5 hingga 6 bulan. Namun kebanyakkan pengguna produk ini telah mendapat hasil positif dalam masa yang singkat.
Syampo Herba
Diantara syampo herba terbaik yang ada di pasaran kerana dihasilkan dari herba semulajadi. Campuran ekstrak herba dan minyak kelapa dara memberi kesan yang amat baik pada rambut dan kulit kepala yang bermasalah seperti rambut gugur, gatal, kudis, rambut kusut dan pecah.
Kelebihan:
- Mengatasi masalah kelemumur dan kutu
- Mengatasi kulit kepala berkudis
- Mengatasi rambut kusut dan pecah
- Melembutkan rambut tanpa perapi
- Melebatkan rambut
Boleh digunakan setiap hari tanpa kesan sampingan. Biarkan 2 hingga 3 minit pada rambut sebelum dibilas dengan air. Disyorkan menggunakan krim ginseng, serum rambut dan krim mutiara/delima untuk kesan yang lebih baik selepas menggunakan syampo.
Kandungan:
DI Water, Enzim Buah-buahan, Minyak Kelapa Dara, Ekstrak Herba, Minyak Jojoba, Ekstrak Aloe Vera, Sodium Lauryl Sulfat, Cocomid DEA, Lanolin, Cocomidopropyl Betaine, Carbomer, Disodium Edta, Pathenol, Glyceryl Monostearate, Methylchloroisathiazo Linone.
Serum Ginseng
Rawatan rambut ginseng menjadikan kulit kepala dan struktur rambut lebih nutrisi bagi menyekat keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
kelebihan:
- Menyekat keguguran rambut
- Menggalakkan pertumbuhan akar rambut
- Melebatkan rambut
- Menjaga kulit kepala sentiasa sihat
- Memelihara struktur rambut sentiasa segar dan sihat
- Mengatasi masalah gatal dan kudis kulit kepala
Cara Guna:
Bersihkan kulit kepala serta rambut terlebih dahulu. Disyorkan menggunakan shampo herba Tropica Bioherb kerana terdapat enzim-enzim yang menggalakkan pertumbuhan akar rambut. Kemudian ratakan sepenuhnya krim ginseng ke permukaan kulit kepala dan struktur rambut.
Serum Herba Limau Purut
Apa Itu Serum?
Serum merupakan sejenis aqua yang amat mujarab, ajaib dan berkesan untuk merawat masalah rambut gugur, kulit kepala gatal, kelemumur, botak dan uban. Diproses tanpa menggunakan bahan api, haba dan bahan kimia. Ianya tidak berminyak dan mempunyai molekul-molekul yang halus serta dapat menyerap terus ke bahagian kulit kepala sehingga ke akar rambut. Berfungsi sebagai baja rambut yang suci, bersih dan boleh dibawa solat.
Kelebihan:
- Pertumbuhan rambut baru
- Menyelesaikan masalah gatal, kelemumur dan kudis
- Menghidupkan sel-sel akar rambut
- Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak pecah
- Kulit kepala menjadi bersih dan sihat
- Merapi rambut yang kusut
- Menghilangkan sakit kepala, stress, migrain
- Mengurangkan demam panas
- Mengelak dari lesu dan tidak bermaya
Untuk rambut yang amat bermasalah dan kritikal seperti gugur, gatal atau kudis, kelemumur, alahan uban. Disyorkan supaya krim dipakai waktu siang dan serum atau ginseng untuk malam. Pastikan kulit kepala dibersihkan dahulu dengan shampo herba sebelum memakainya. Gosok dan buat urutan sehingga rata pada kulit kepala serta rambut. Pengguna disyorkan supaya menggunakan serum ini tiap-tiap hari dan haruslah mengelak dari menggunakan krim rambut yang lain.
Kandungan:
Serum dihasilkan dari herba dan tumbuhan semulajadi yang tidak tercemar dari bahan kimia. Bahan-bahan asasnya seperti minyak kelapa dara, pati limau purut, buah keras, bunga raya putih, daun selasih, herba-herba dan tumbuh-tumbuhan hijau yang lain.
Krim Mutiara
Struktur krim herba lebih lembut dan halus.
Kelebihan
- Mencegah keguguran rambut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Menghilangkan gatal dan kudis
- Menyihatkan kulit kepala
- Membuang kepanasan kepala
Pakai krim Mutiara pada waktu siang. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit bagi berlaku penyerapan pada kulit. Disyorkan digunakan serum atau ginseng pada waktu malam.
Kandungan:
Minyak Kelapa Dara, Buah Keras, Bunga Raya Putih, Biji Betik, Pudina, Aloe Vera, Sintok Dan Bahan-bahan Asas Krim.
Krim Delima
Struktur krim herba lebih pekat dan halus.
Kelebihan:
- Mencegah keguguran rambut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Menghilangkan gatal dan kudis
- Menyihatkan kulit kepala
- Membuang kepanasan kepala
Pakai krim Delima pada waktu siang. Gosok dan urut perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit bagi berlaku penyerapan pada kulit. Disyorkan digunakan serum atau ginseng pada waktu malam.
Kandungan:
Minyak Kelapa Dara, Buah Keras, Bunga Raya Putih, Biji Betik, Pudina, Aloe Vera, Sintok Dan Bahan-bahan Asas Krim.
No comments:
Post a Comment